Berita

USTAZ EBIT LEW Beli Air 2 Lori Besar, Bantu Rakyat Selangor

||
- Diterbit 20 Oktober 2020 5:33 AM MYT

KRISIS air di Selangor bukan perkara baharu. Ramai yang merungut gangguan air membuatkan hidup mereka tertekan, ditambah pula dengan kes COVID-19 yang semakin meningkat di Selangor.

Selebriti agama popular, Ustaz Ebit Lew tampil datang membantu sebahagian rakyat Selangor dengan membeli air sebanyak dua tangki lori besar dan diagihkan di Batu Caves, Selangor.

“Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air dua lori besar untuk diagihkan. Dari 10 malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves. 

“Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. 

“Saya fikir macam manalah orang di luar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta anak muda bersama saya bantu angkatkan.

“Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua,” tulisnya di laman sosial Facebook miliknya.

Ebit turut bersimpati apabila gangguan air turut menjejaskan tahap kesihatan rakyat setempat.

Beliau meminta semua orang mendoakan yang terbaik agar usahanya dipermudahkan.

“Pohon doa yer. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan,’ katanya lagi.

Semoga krisis air dan penularan pandemik COVID-19 dapat diatasi secepat mungkin. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas