Berita

Restoran popular di Jalan Bukit Petaling terbakar 100 peratus

RESTORAN hangus terbakar.
- Diterbit 20 Oktober 2020 4:27 AM MYT

SEBUAH restoran popular yang sudah lama tidak beroperasi di Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur musnah 100 peratus dalam kebakaran pagi tadi.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Omar Chekku, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 10:25 pagi dan seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

“Jentera tiba di lokasi kejadian pada pukul 10.31 pagi. Bangunan merupakan sebuah restoran yang tidak beroperasi dan telah lama dikosongkan.

“Kebakaran melibatkan keseluruhan bangunan yang berkeluasan 70×50 kaki persegi. Tiada mangsa terlibat,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujar Omar, susulan kebakaran itu, restoran berkenaan musnah hampir 100 peratus.

Tambah beliau, pihak Forensik sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kebakaran. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas