Biz

Usahawan bimbingan RichWorks catat prestasi jualan memberangsangkan

USAHAWAN dan pengasas Sabella antara yang diraikan dalam Malam Anugerah RichWorks, baru-baru ini. USAHAWAN dan pengasas Sabella antara yang diraikan dalam Malam Anugerah RichWorks, baru-baru ini.
- Diterbit 9 Mac 2022 9:12 AM MYT

MESKIPUN berdepan dengan tekanan berganda akibat pandemik COVID-19, prestasi dicatat oleh 1,885 usahawan bimbingan syarikat RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks), sepanjang tahun 2021, amat memberangsangkan.

BUKU terbaru dihasilkan oleh Dr Azizan turut dilancarkan pada malam tersebut.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd berkata, walaupun persekitaran ekonomi kurang kondusif, prestasi usahawan yang berjaya mencatat peningkatan jualan melebih 40 peratus  berbanding 2020, adalah sangat positif.

Beliau berkata, rekod jualan terkumpul mencecah RM3.7 bilion sepanjang tahun 2021 adalah hasil jualan disumbang oleh usahawan yang dibimbing melalui program eksklusif Titanium berjumlah RM3.21 bilion jualan.

Selain itu katanya, usahawan-usahawan program Spire dan Elite-X pula masing-masing rekodkan jualan sebanyak RM495 juta selain RM46.9 juta bagi tempoh yang sama.

“Usahawan ini dibimbing secara intensif melalui program Titanium merekodkan jualan RM2.27 bilion pada 2020 berbanding hanya RM901 juta pada 2019. Peningkatan jualan usahawan melalui Titanium dari 2020 ke 2021 sebanyak 41 peratus.

“Kesemua jualan Titanium sepanjang tahun 2021 membabitkan 312 usahawan ataupun 268 bisnes darpada jumlah tersebut, 85 peratus ataupun 227 bisnes usahawan Titanium berjaya merekodkan peningkatan jualan berbanding tempoh tahun sebelumnya,” kata Radz.

Prstasi dan pencapaian dicatatkan adalah sangat membanggakan berikutan kebanyakkan syarikat berdepan krisis sehinggakan ada yang terpaksa lakukan pembuangan pekerja dan gulung tikar.

Bagaimanapun kata Radz, perkara tersebut nyata berbeza dengan usahawan bimbingan RichWorks apabila kesemua mereka ini berjaya merekodkan jualan berganda.

Untuk rekod, seramai 77 usahawan Titanium kini merekodkan jualan lebih RM10 juta, diikuti pula jualan RM50 juta (lima usahawan) dan jualan lebih RM100 juta (lima usahawan).

Sehubungan itu katanya, bagi menghargai mutu pencapaian luar biasa dicatat, RichWorks telah meraikan 184  usahawan yang membabitkan 141 perniagaan melalui program RichWorks Titanium Gala Awards di KLCC, baru-baru ini.

Malam anugerah gilang gemilang itu turut sama dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah RichWorks, Datuk Jerry Rizal selain Mentor Usahawan juga pengasas RirchWorks, Datuk Dr Azizan Osman.

Sementara itu, dalam ucapannya, Dr Azizan juga menyifatkan angka-angka pencapaian usahawan Titanium itu telah membuktikan pandemik, krisis, bencana, malapetaka merupakan cabaran besar bagi kebanyakkan manusia.

Namun katanya, perkara itu telah pun ditangani sebaik mungkin dengan mencari solusi bersama RichWorks melalui penganjuran banyak program percuma sejak awal 2020, secara berkala.

“Program percuma ini dianjur hampir setiap hari dan setiap minggu ada program percuma, sebab saya tahu ramai orang sangat takut, masih keliru, risau dan hilang arah tuju ketika itu.

“Keutamaan saya tetap kepada Titan (usahawan Titanium).  RichWorks dari hari pertama lagi PKP  dikuatkuasakan, berhubung dengan semua Titan dan students Mentorship kami untuk kenal pasti situasi mereka dan apakah tindakan perlu diambil untuk bantu dan bimbing mereka hadapi krisis.

“Malam ini, saya rasa sangat bangga, bersyukur dapat meraikan kejayaan ini bersama-sama anda semua,” jelasnya sambil turut melancarkan buku Bangkit Bisnes Dari Krisis digarap hasil analisis RichWorks terhadap bisnes berhadapan krisis pandemik tetapi berjaya bangkit. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas