Lensa

Umat Islam sambut bulan penuh barakah

- Diterbit 15 Mac 2024 10:10 AM MYT

Oleh SHUAIB AYOB

PENENTUAN anak bulan adalah proses penting yang dilakukan para ulama dan ahli Falak dengan menggunakan pelbagai kaedah bagi proses pengamatan Hilal antaranya melalui mata kasar atau teodolite dan teleskop.

Wilayahku sempat merakam detik melihat anak bulan Ramadan pada petang 10 Mac bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijrah di salah sebuah 29 lokasi terpilih seluruh negara iaitu Menara Kuala Lumpur.

Turut hadir, Timbalan Meteri Agama, Zulkifli Hasan; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail dan pencetus #SubuhMacamJumaat, Alif Satar.

Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja pada 12 Mac (Selasa). – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas