Lensa

Deretan koleksi klasik

- Diterbit 5 Mac 2024 10:11 AM MYT

Oleh SHUAIB AYOB

VINTAJ dan wow! Koleksi kereta klasik pastinya mempunyai nilai estetika dan daya tarikan tersendiri buat pemiliknya. Namun, bukan mudah untuk menjaga dan menyelenggara kereta lama agar terus berada dalam keadaan tiptop. Jika tidak kena cara penjagaannya, ribuan ringgit pula terpaksa dibelanjakan.

Ternyata di Malaysia, masih ramai yang menghargai dan mengumpul kereta klasik ini, ada yang menjadikannya hobi, ada yang mewarisinya, malah ada juga yang menyimpan dek kerana nilai sentimental dengan jutaan memori buat si pemilik.

Baru-baru ini Lensa Wilayahku berpeluang merakam pameran kereta klasik anjuran My Classic Car yang diadakan di Petaling Jaya. Lebih 200 deretan kereta yang penuh nilai estetika dipamerkan untuk tontonan ramai. – WILAYAHKU

Koleksi Lensa:





 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas