Lensa

Lagenda songkok Kampung Nakhoda

- Diterbit 4 April 2024 2:19 PM MYT

Oleh SHUAIB AYOB,  Video oleh HASIF HALIMI

TIDAK lengkap berbaju Melayu tanpa hiasan songkok di kepala. Merupakan warisan Melayu yang tidak lapuk dek zaman, songkok terus menjadi rebutan lebih-lebih lagi tatkala menjelang Aidilfitri.

Seni pembuatan yang halus antara kriteria dicari pembeli kerana ia mampu mempengaruhi penampilan si pemakai. Antara pembuat songkok yang tidak asing lagi ialah Yusrif Udin Pakih atau lebih dikenali sebagaI Pak Is.

Pengalaman lebih empat dekad membuatkannya dikenali terutamanya bagi penduduk Kampung Nakhoda, Batu Caves. Malah, lelaki berusia 65 tahun ini juga turut menjadi pilihan golongan diraja dan kenamaan yang percaya pada kekemasan songkok buatannya.

Lensa Wilayahku sempat merakamkan proses pembuatan songkok Pak Is di kedainya baru-baru ini.  – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas