Wisma Darul Iman

Berita

COVID-19: Empat pejabat Exco Terengganu di Wisma Darul Iman ditutup 14 hari

EMPAT pejabat Exco Terengganu di Wisma Darul Iman di sini, ditutup selama 14 hari bermula semalam hingga 30 Jan susulan terdapat lima kes positif COVID-19 di bangunan pentadbiran kerajaan negeri itu. Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan dalam usaha mengekang penularan