Wasterdam

Berita

Kekang Covid-19: Kapal asing tidak dibenar berlabuh jika enggan kongsi maklumat

PUTRAJAYA – Kerajaan telah memutuskan untuk tidak membenarkan mana-mana kapal asing untuk berlabuh di mana-mana perairan Malaysia jika enggan berkongsi maklumat-maklumat penting yang diperlukan pihak berkuasa negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan mengambil ketetapan itu sebagai usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19.