siakap

Berita

MAQIS Johor rampas 1,145 kg ikan basah tanpa permit

JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor berjaya menggagalkan cubaan membawa keluar bekalan ikan basah seberat 1,145 kilogram (kg) tanpa permit eksport yang sah, petang semalam. Pengarahnya, Nur Afifah A. Rahman berkata rampasan bernilai RM24,265 itu dibuat pihaknya di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah di Iskandar Puteri