Radius 10km

Berita

10km: Kelonggaran diberikan untuk rawatan kesihatan

SERDANG – Orang ramai diberi kelonggaran melakukan perjalanan melebihi radius 10 kilometer (km) dari kediaman masing-masing sekiranya perlu mendapatkan rawatan perubatan di hospital atau keperluan ‘essential’ sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba, kelonggaran tersebut diberikan untuk keperluan berkenaan termasuk pengambilan ubat-ubatan.