#putrajaya #riadah #tasik #ppj

Berita

Aktiviti pasang khemah di pesisir Tasik Putrajaya tidak dibenarkan

AKTIVITI pemasangan khemah adalah tidak dibenarkan di sekitar kawasan pesisir tasik Putrajaya, kata Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain yang menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang ingkar. Beliau berkata tapak perkhemahan yang dibenarkan di Putrajaya pada masa ini hanya di Taman Wetland yang mempunyai kemudahan lengkap.