PLUS

Berita

PLUS tambah baik Smart Lane sempena Aidilfitri

PLUS Malaysia Berhad menambah baik laluan Smart Lane di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) melibatkan 18 lokasi strategik bagi memastikan aliran trafik lancar bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini. Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata antaranya ialah menambah baik papan tanda pemberitahuan dan peringatan iaitu dari segi reka

Berita

Kerja selenggara libat penutupan lorong dihentikan sementara

SEMUA kerja-kerja penyelenggaraan di lebuh raya melibatkan penutupan lorong akan dihentikan sementara sehingga 17 April ini, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata arahan itu berkuat kuasa bermula semalam. “Cuma untuk kerja-kerja kecemasan, kita akan benarkan sekiranya ada keperluan. Rancang perjalanan anda sepanjang musim perayaan nanti,”

Berita

PLUS ambil langkah proaktif lancarkan operasi waktu puncak sepanjang Ramadan

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengambil beberapa langkah proaktif untuk memastikan kelancaran operasi lebuh raya dan plaza tol terutama pada waktu puncak sepanjang Ramadan kelak. Syarikat konsesi lebuh raya itu memaklumkan antara langkah diambil ialah memastikan semua lorong masuk dan keluar di plaza tol beroperasi sepenuhnya, selain menyediakan alat bantuan mudah

Berita

Tahun Baharu Cina: PLUS tumpu empat strategi urus peningkatan kenderaan

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memberi tumpuan kepada empat strategi khusus bagi menguruskan peningkatan jumlah kenderaan yang menggunakan lebuh raya kendalian syarikat itu pada cuti perayaan Tahun Baharu Cina. Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata strategi itu merangkumi keselesaan pengguna, pengurusan trafik, pengagihan trafik dan komunikasi yang efisien. “Lebuh raya PLUS sering mencatatkan

Berita

PLUS aktifkan laluan ‘SmartLane’ sempena cuti sekolah, Krismas

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan laluan SmartLane di beberapa lokasi kritikal bagi membantu menyuraikan trafik yang dijangka meningkat hingga dua juta kenderaan sehari berikutan musim cuti sekolah dan sambutan Krismas serta tahun baharu. Tertakluk keadaan trafik semasa, PLUS memaklumkan SmartLane akan diaktifkan di laluan antara Persimpangan Senai Utara hingga Persimpangan Kulai (KM19.0 hingga

Berita

PRN: Aliran trafik masih lancar

ALIRAN trafik setakat 6.30 petang ini di semua lebuh raya utama negara masih lancar dan tiada sebarang kesesakan luar biasa dilaporkan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri hari ini. Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata terdapat dua kemalangan di Kilometer (KM) 40.1 arah selatan iaitu dari Sedenak ke Kulai