Berita

PRN: Aliran trafik masih lancar

|
- Diterbit 12 Ogos 2023 11:15 AM MYT

ALIRAN trafik setakat 6.30 petang ini di semua lebuh raya utama negara masih lancar dan tiada sebarang kesesakan luar biasa dilaporkan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri hari ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata terdapat dua kemalangan di Kilometer (KM) 40.1 arah selatan iaitu dari Sedenak ke Kulai dan KM 434 arah utara dari Sungai Buaya ke Bukit Beruntung namun keadaan trafik terkawal serta tiada lorong terhalang.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 lancar di kedua-dua arah.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas