Pfizer-BioNTech

Berita

Kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech tiba di Labuan

KUMPULAN pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech sebanyak 4,680 dos dari Kota Kinabalu, Sabah selamat tiba di Terminal Feri Ro-Ro Labuan hari ini. Selepas feri Kimanis 1 berlabuh di jeti terminal kira-kira 9.50 pagi, pekerja DHL Express dilihat memindahkan vaksin berkenaan ke dalam trak yang sedang menunggu dengan pengawasan oleh anggota polis Labuan.

Berita

Lagi negeri di Semenanjung mula terima bekalan vaksin COVID-19

BEBERAPA negeri lagi di Semenanjung Malaysia mula menerima bekalan vaksin COVID-19, vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech pada hari kedua Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) hari ini. Negeri Sembilan, Kedah, Melaka, Kelantan, Perak, Pahang dan Perlis telah menerima bekalan vaksin tersebut semalam. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menerima

Berita

Jarum suntikan berbeza ikut keperluan – KKM

PENGGUNAAN dua jenis jarum suntikan yang berbeza adalah  mengikut keperluan ketika prosedur suntikan, termasuk proses vaksinasi, menurut Kementerian Kesihatan (KKM). KKM menjelaskan bahawa untuk prosedur menyedut cecair dari botol, ia memerlukan jarum lebih besar berwarna biru untuk memastikan pengambilan adalah lancar. “Perbezaan warna jarum bermakna saiz lubang berbeza. Jarum yang

Berita

Muhyiddin tinjau kesiapsiagaan IKN untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meninjau kesiapsiagaan Institut Kanser Negara (IKN) di sini menjelang pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa pertama yang akan bermula Rabu ini. IKN adalah satu daripada 54 Pusat Simpanan Vaksin (PSV) yang terdapat di negara ini dan berperanan membekalkan vaksin secara berjadual kepada

Berita

Vaksin COVID selamat tiba di lapangan terbang Pulau Pinang

SEBANYAK 16,000 dos vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada 5.35 petang tadi, menggunakan pesawat khas Pacific Cargo CX079. Pesawat tersebut berlepas dari Hong Kong, transit di Singapura sebelum tiba di Pulau Pinang dan vaksin itu telah dihantar ke Pusat Simpanan Vaksin (PSV). Antara orang

Berita

312,390 dos vaksin COVID-19 akan tiba dalam penghantaran pertama – Khairy

SEBANYAK 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 akan diterima dalam penghantaran pertama ke Malaysia, pada 21 Feb depan. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata vaksin berkenaan akan diterbangkan dengan penerbangan MASKargo ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ia akan diasingkan sebelum dihantar ke pelbagai tempat penyimpanan vaksin