norizam tukiman

Berita

FAM nafi Kelantan FC dikenakan pemotongan mata

PASUKAN Liga Premier Kelantan FC tidak akan dikenakan pemotongan tiga mata pada musim ini sekiranya Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) gagal melunaskan tunggakan gaji 11 bekas pemainnya, menurut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Dalam kenyataan hari ini, FAM menafikan Setiausaha Agungnya Stuart Ramalingam ada membuat kenyataan sedemikian ketika dihubungi wartawan.