dewan

Berita

Trump Presiden AS pertama didakwa dua kali

DEWAN Amerika Syarikat (AS) pada Rabu mengundi untuk mendakwa Presiden Donald Trump atas perbuatan “menghasut untuk melakukan pemberontakan,” menjadikan beliau presiden pertama didakwa sebanyak dua kali, lapor Agensi Berita Xinhua. Walaupun jumlah Demokrat yang menyokong usul pendakwaan sudah mencukupi ia ditambah lagi dengan 10 Republikan yang turut memberikan undi bersetuju.