bermalam di muzium

MUZIUM NEGARA
Berita

Program bermalam di Muzium dekatkan pelajar dengan sejarah

Oleh NAZWIN NAZRI [email protected] PUTRAJAYA – Bersempena sambutan bulan kemerdekaan tahun ini, Muzium Negara akan menganjurkan ‘Program Bermalam di Muzium’ pada 30 dan 31 Ogos ini. Muzium Negara dalam satu kenyataan memaklumkan, program yang bermula dari 2005 itu merupakan acara wajib setiap tahun berikutan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta.