animasi

Berita

Lukisan watak puteri Disney diberi sentuhan busana nusantara

APABILA disebut nama-nama seperti Snow White, Ariel, Cinderella, Anna, Elsa, Rapunzel, Moana, Pocahontas dan Mulan, pasti ramai yang dapat membayangkan kecantikan watak puteri dalam filem serta siri animasi Disney. Setiap karakter mempunyai penampilan, personaliti dan kostum tersendiri termasuk bergaun kembang sehingga menjadi ikutan dan kegilaan terutama dalam kalangan kanak-kanak perempuan.