5G

Berita

DNB umum lantik ahli lembaga pengarah baharu

DIGITAL Nasional Bhd (DNB) telah melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi, berkuat kuasa 24 April, 2024. DNB dalam satu kenyataan hari ini berkata ini berikutan perjanjian langganan saham yang ditandatangani di antara DNB, Kementerian Kewangan Diperbadankan dan lima pengendali rangkaian mudah alih (MNO)

Berita

Beberapa pengumuman penting berkaitan 5G akan diumum dalam masa terdekat – Fahmi

MENTERI Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beberapa pengumuman penting mengenai rangkaian 5G dijangka diumumkan pada hujung bulan ini atau awal Mei. Fahmi berkata beliau dijadualkan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok antaranya untuk membincangkan perkara yang perlu dilaksana bagi memastikan kadar penggunaan rangkaian itu terus mencapai tahap yang suai manfaat

Berita

5G tingkatkan rawatan, keupayaan hospital pengajar

KEMUDAHAN rangkaian bersepadu 5G di hospital dan teknologi baharunya boleh dimanfaatkan di Malaysia bagi meningkatkan rawatan serta keupayaan hospital pengajar, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Fahmi pada Jumaat, melawat Hospital Radium Norway, di sini, tempat syarikat gergasi telekomunikasi Norway Telenor Group mempamerkan secara khusus penyelesaian dalaman teknologi 5G dan kerjasama dengan hospital itu

Berita

Malaysia layak berada pada kedudukan teratas skor ketekalan 5G – Presiden Ookla

MALAYSIA membuktikan kepada dunia bahawa pendekatan yang diambil negara dalam membina rangkaian 5G merupakan satu kejayaan selepas meraih kedudukan teratas skor ketekalan 5G. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ookla Stephen Bye berkata tidak seperti membina rangkaian untuk mencapai kelajuan tertentu, mewujudkan satu rangkaian yang konsisten merupakan cabaran yang berbeza. “Ookla kami berbangga menjadi pihak bebas yang melihat

Berita

Malaysia kini di kedudukan nombor satu Skor Ketekalan 5G global

MALAYSIA kini berada di tempat pertama dalam Skor Ketekalan 5G global pada 97.29 peratus menurut Ookla, satu daripada peneraju dunia dalam pemantauan rangkaian dan cerapan kesalinghubungan. Ketika mengumumkan pencapaian Malaysia ini pada pembukaan Pavilion Malaysia di Mobile World Congress Barcelona 2024 (MWC2024), Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ini merupakan satu pencapaian penting yang mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai

Berita

MWC 2024 dimanfaat dalam usaha pertingkat kadar penerima gunaan 5G negara

MOBILE World Congress Barcelona 2024 (MWC2024) akan digunakan sebagai platform bagi membantu usaha kerajaan meningkatkan lagi kadar penerima penggunaan teknologi 5G dalam kalangan rakyat, terutama dari sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata hal ini menjadi antara keutamaan beliau dalam kongres berkenaan, selain bagi mengetengahkan kejayaan Kerajaan