Berita

TIGA MENU MAKAN TENGAH HARI YANG PASTI BIKIN TERLIUR

|||
- Diterbit 30 Oktober 2021 4:00 AM MYT

SELEPAS sarapan, makan tengah hari merupakan antara waktu makan yang paling penting. Tambahan pula jika anda bekerja pada awal pagi, anda wajib menikmati makan tengah hari untuk memberikan tenaga.

Buntu memikirkan resipi lauk pauk yang hendak dimasak setiap hari? Bila ulang menu yang sama, pasti jemu.

Oleh itu jom cuba koleksi resipi lauk pauk sedap dan mudah yang Wilayahku kongsikan ini. Sesuai untuk hidangan makan tengah hari keluarga tercinta. Jom cuba!

AYAM KICAP TIGA BUDAK GEMOK

BAHAN-BAHAN

Daun kari

Kicap manis

Sos tiram

Ayam digoreng dengan garam dan kunyit

BAHAN TUMBUK

Cili api

Bawang merah

Bawang putih

Halia

BAHAN SAMBAL GESEK BAWANG

Bawang putih

Tomato

Ikan bilis

Cili padi

Cili merah

Bawang besar

CARA PENYEDIAAN

  1. Tumis daun kari terlebih dahulu.
  2. Kemudian, masukkan bahan yang telah ditumbuk. Pastikan bahan tumis garing dan gelap.
  3. Tuangkan kicap manis dan sos tiram.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng.
  5. Untuk sambal gesek bawang, goreng dahulu semua bahan dan kemudian tumbuk. Perasakan.
  6. Sedia untuk dihidang.

DAGING HARIMAU MENANGIS

BAHAN-BAHAN

2 kg daging dipotong kecil

5 sudu besar sos cili

5 sudu besar sos tiram

6 sudu besar sos lada hitam

6 sudu besar sos ikan/kicap biasa

1½ sudu besar lada hitam ditumbuk

2 sudu gula

1 sudu kecil garam

½ cawan minyak masak

BAHAN AIR ASAM JAWA

Segenggam asam jawa

1 cawan air suam

3 sudu sos ikan

1 biji limau nipis

1 keping gula melaka ditumbuk halus

10 biji cili api tumbuk halus

8 biji bawang merah kecik dihiris nipis

Beras disangrai digoreng tanpa minyak dan tumbuk halus

Daun ketumbar dipotong halus

Garam

CARA PENYEDIAAN

  1. Campur kesemua bahan di atas kecuali minyak masak dalam 30 minit.
  2. Kemudian, tuangkan minyak masak dan gaul sebati.
  3. Perap lagi dalam 2 jam dan sedia untuk dibakar.
  4. Untuk air asam, campurkan air suam dan asam jawa.
  5. Campurkan air asam jawa, sos ikan, gula melaka, cili api, bawang merah, beras dan daun ketumbar ke dalam satu bekas.
  6. Tambah sedikit air jika adunan nampak terlalu pekat.
  7. Perah sedikit limau nipis.
  8. Perasakan dengan sedikit garam.
  9. Sedia untuk dihidang.

IKAN DORI MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN

Ikan dori dipotong kecil

4-5 ulas bawang putih diketuk

1 biji bawang holland dipotong 8

2-3 inci halia diketuk atau dihiris

Lada benggala merah & hijau dipotong dadu

Tomato segar

4-5 sudu besar sos cili

2-3 sudu besar sos tomato

1 sudu besar tomato

Minyak bijan

Gula

Garam

Air rebusan ayam atau kiub pati ayam

Tepung jagung

Tepung gandum

Lada sulah

Telur

CARA PENYEDIAAN

  1. Bancuh tepung gandum dengan tepung jagung, lada sulah dan garam.
  2. Celup ikan ke dalam bancuhan dan goreng. Ketepikan.
  3. Untuk sos, tumis bawang putih, halia dan gua.
  4. Letakkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan minyak bijan.
  5. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
  6. Perasakan dengan garam, lada sulah dan kiub pati ayam.
  7. Letakkan bawang holland, tomato dan lada benggala.
  8. Masukkan ikan yang digoreng tadi.
  9. Sedia untuk dihidang. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas