Berita

Tiga ditahan terlibat judi atas talian

DUA pemain judi atas talian antara ditahan dalam serbuan di Taman Maluri, Cheras semalam. {"subsource":"done_button","uid":"83B5F9DA-EC76-4F3C-B61E-1CF88D0C7E95_1621317298288","source":"other","origin":"gallery","source_sid":"83B5F9DA-EC76-4F3C-B61E-1CF88D0C7E95_1621317298294"}
- Diterbit 18 Mei 2021 5:21 AM MYT

AKIBAT mengabaikan arahan perundangan, tiga lelaki ditahan di bawah Seksyen 4(1)(c) dan Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terlibat aktiviti perjudian atas talian.

Kesemua mereka yang berumur antara 46 hingga 58 tahun ditahan kira-kira pukul 8 malam, semalam di sebuah premis rumah kedai di tingkat satu di kawasan Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, serbuan yang dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan D7 itu, turut merampas tiga unit tablet, sejumlah wang tunai dan seunit modem.

“Lelaki berusia 46 tahun merupakan penjaga kaunter manakala dua lagi sedang leka bermain judi atas talian menggunakan tablet.

“Hasil siasatan awal mendapati aktiviti perjudian di premis ini telah beroperasi selama satu bulan dan hanya membenarkan pelanggan tetap sahaja memasuki premis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed Mokhsein berkata, kesemua tangkapan dibawa balik ke Ibu Pejabat Daerah Cheras untuk tindakan lanjut penyiasatan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk tindakan lanjut memotong bekalan elektrik di premis berkenaan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas