Berita

Tiga cedera lif terjatuh dari tingkat dua

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa dalam kejadian lif jatuh di sebuah bangunan di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, hari ini. Kredit foto oleh: Ihsan Bomba/ Metro ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa dalam kejadian lif jatuh di sebuah bangunan di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, hari ini. Kredit foto oleh: Ihsan Bomba/ Metro
- Diterbit 29 Jun 2021 1:30 PM MYT

TIGA individu cedera apabila lif dinaiki terjatuh dari tingkat dua di Wisma Elken, Jalan Klang Lama di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira 4.22 petang melibatkan lif yang dinaiki lima orang, iaitu tiga wanita dan dua lelaki.

“Semua mangsa berusia lingkungan 28 hingga 61 tahun itu dibawa keluar kira-kira 4.35 petang, dengan tiga wanita yang cedera dihantar Pusat Perubatan Taman Desa kerana mengalami kecederaan di kaki,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu mememberitahu dua lagi individu di dalam lif itu tidak mengalami kecederaan.

Punca kejadian masih dalam siasatan. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas