WK2

Terokai koleksi karya tempatan

||||
- Diterbit 19 Mei 2023 12:00 PM MYT

DI samping mempamerkan ‘Gelombang Korea’ di Malaysia, Balai Seni Negara turut mengambil peluang mempamerkan pameran ‘NUSA’ yang menempatkan sejumlah 466 buah karya Koleksi Seni Visual Negara.

Karya-karya yang dipamerkan mengetengahkan naratif sejarah dan mitos, persoalan serta pencarian hal identiti, idea, cadangan yang terhasil dan seterusnya membawa kepada pembentukan representasi Tenggara.

Syahrul Niza

Kesemua karya ini dipamerkan di lima buah galeri iaitu Galeri Tun Razak, Reka, 2A, 2B, dan 3B. Penolong Kurator Kanan, Seksyen Perkhidmatan Pameran, Balai Seni Negara, Syahrul Niza Ahmad Zaini berkata Pameran NUSA di ruang Galeri 2B mempamerkan koleksi yang dihasilkan di atas kertas dengan keberadaan fizikal karya yang bersifat sementara (ephemeral) rapuh, sensitif terhadap cahaya serta suhu dan tahap kelembapan.

“Terdapat 98 buah karya terpilih dengan 78 daripadanya merupakan karya cat air serta lakaran ekspedisi di negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo seawal abad ke-19 termasuk tambahan 18 karya moden dan dua manuskrip Melayu lama yang dipamerkan di ruang kondusif ini.

“Koleksi karya cat air dan lakaran atas kertas ini dihasilkan oleh pegawai kolonel British iaitu Sir Frank
Sweettenham, George Giles dan William Samwell yang merangkumi beberapa buah negeri seperti Perak dan Pahang dengan menggambarkan lukisan yang bersifat rakaman siri perjalanan kumpulan
ekspedisi sewaktu menghadap Sultan Pahang dalam misi pembentukan NegeriNegeri Melayu.

“Menerusi koleksi karya yang dihasilkan, kita dapat melihat, meneliti dan menikmati suasana landskap,
gaya hidup dan budaya nusa bangsa yang dirakam melalui pandangan dan perspektif barat serta seterusnya menilai kembali melalui pandangan masa kini,” jelasnya.

Lebih menarik, ruang galeri ini juga turut menampilkan 18 karya moden lukisan cat air yang terdiri daripada pelukis tempatan seperti Abdullah Arif, Long Thien Shih, A.B Ibrahim dan
ramai lagi.

Sementara itu, di ruang Galeri 2A merangkumi luapan rasa emosi yang berkongsi tentang perasaan
merentas generasi khususnya semasa melalui fasa pembentukan negara baru dan selepas Perang
Dunia Kedua.

“Sejumlah besar karya seni itu adalah tentang meraikan dan menghidupkan tradisi, mengangkat
rasa rindu, keriangan, pengembaraan serta banyak lagi. Justeru itu, orang ramai yang ingin melihat dan mendalami karya-karya seni luapan emosi ini boleh datang ke Aras 2 Balai Seni Negara,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas