Artikel

Terima kasih Annuar Musa

|
- Diterbit 15 November 2020 6:00 AM MYT

DI saat pandemik COVID-19 masih belum reda, kemelut politik juga masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda ianya akan berakhir.

Namun begitu, saya merasa lega apabila melihat Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa begitu komited melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat.

Di bawah kendaliannya, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) ketika ini sedang menjalankan satu inisiatif yang mungkin tidak mendapat banyak perhatian iaitu Inisiatif
Wilayah Cakna yang sehingga kini sudah memasuki versi 4.0.

Inisiatif Wilayah Cakna sudah memasuki versi 4.0, mungkin tidak mendapat perhatian luas
kerana hanya melibatkan Wilayah Persekutuan.

Namun begitu, ahliahli politik yang lain seharusnya menjadikan inisiatif dilaksanakan oleh Annuar yang berterusan menjaga kebajikan rakyat sebagai satu contoh.

Misalnya, ekonomi Labuan terkesan dengan pandemik yang menyaksikan jumlah mereka yang dijangkiti COVID-19 meningkat dengan drastik selepas pilihanraya negeri Sabah.

Bantuan yang ditawarkan menerusi inisiatif ini termasuklah pengecualian sewa, pengecualian bayaran pembaharuan lesen, baucar bantuan buku latihan sekolah, diskaun kompaun, sumbangan kepada program pencegahan COVID-19 dan program nyah kuman.

Yang paling menarik perhatian saya ialah, program-program khas untuk 300 warga gelandangan. Berpegang pada prinsip bahawa setiap lapisan masyarakat tidak dipinggirkan,
Annuar tidak melupakan warga gelandangan ketika memperkenalkan Inisiatif Wilayah
Cakna.

Kementeriannya berpendapat bahawa hanya dengan membantu orang lain, kita sebenarnya menolong diri sendiri. Jika warga gelandangan dibiarkan berkeliaran, bukan sahaja mereka hidup merana, malah mungkin juga mengakibatkan usaha kerajaan mengekang COVID-19 terhalang.

Tiada siapa sebenarnya yang peduli mengenai pergelutan politik atau SOP seandainya
menghadapi masalah keperluan asas untuk terus hidup. Apa yang diharapkan rakyat ketika
ini hanyalah bantuanbantuan yang praktikal, bukannya perbalahan politik ataupun perebutan kuasa.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas