Selebriti

Tawan Kinabalu: Hadiah hari lahir isteri Fazley Yaakob

fazley
FAZLEY bersama isterinya, Azrene Soraya
- Diterbit 22 Ogos 2019 10:02 AM MYT

Oleh RAJA AZRIE

PENYANYI, Chef Selebriti dan ahli perniagaan terkenal Datuk Fazley Yaakob hari ini memuat naik video di akaun Instagram miliknya ketika berada di Laban Rata, Gunung Kinabalu.

Video yang ditujukan khusus kepada isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz itu berbunyi “Bismillah! Hadiah hari jadi Adik Sayang @azrene_ahmad dari saya, saya akan cuba untuk mendaki #GunungKinabalu bagi menyempurnakan impian beliau sempena ulang tahun ke-40 esok!.

Fazley, 41, memberitahu, beliau seorang yang gayat dan takut pada ketinggian namun demi memberikan hadiah hari lahir buat isteri tercinta, beliau nekad untuk mendaki Gunung Kinabalu.

“Buat yang tak tahu, saya ni seorang yang gayat sangat, segan kepada ketinggian hehe! Bila naik lift pun saya cuak, berdiri di balkoni bangunan tiga tingkat pun macam nak tercabut nyawa rasa, tetapi demi isteri tersayang.. saya gagahkan juga untuk MENCUBA mendaki hari ni.. doakan kami berdua dan team kami juga ya!” tulisnya di status video tersebut.

Pelbagai gelagat dan cerita menarik sempat dimuat naik ke dalam igstory milik beliau ketika aktiviti pendakian Berlangsung dan peminat-peminat boleh menontonnya di akaun @fazleyyaakob.

Fazley telah berjaya mendaki sehingga Laban Rata dan tidak meneruskan pendakian sehingga ke puncak manakala Azrene berjaya sampai ke puncak awal pagi ini dan pendakiannya telah berjaya dengan bantuan seorang malim gunung. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas