Selebriti

Jerayawara Merdeka OLABOLA

OlaBola Merdeka
ENFINITI (M) Sdn. Bhd. mengumumkan pementasan semula dan siri jelajah produksi muzikal OLABOLA THE MUSICAL.
- Diterbit 18 Ogos 2019 5:47 AM MYT

Oleh Raja Azrie

KUALA LUMPUR – Enfiniti (M) Sdn. Bhd. mengumumkan pementasan semula dan siri jelajah produksi muzikal OLABOLA THE MUSICAL.

Disokong oleh kerajaan negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta rakan-rakan korporat, OlaBola akan dipersembahkan secara percuma kepada rakyat sempena meraikan Merdeka dan Hari Malaysia.

Pementasan pertama yang akan berlangsung pada Hari Kebangsaan di Majestic Theater, Pulau Pinang itu diketuai Pengarah dan Penerbit terkenal, Puan Sri Tiara Jacquelina Eu Effendi.

Bakal memperlihatkan kisah perpaduan, persaudaraan dan kebanggaan negara, pementasan tersebut juga akan diadakan Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak (6-8 September); Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kota Kinabalu, Sabah (11 September) dan Auditorium Darul Makmur, Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kuantan, Pahang (21 September).

Pas masuk percuma dan boleh diambil di kesemua lokasi pementasan pada tarikh-tarikh yang disebutkan di atas.

Siri jerayawara Merdeka OlaBola ini juga bakal dipersembahkan secara penuh di Kuching manakala penonton di Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Kuantan akan dapat menonton versi pendek “I Cover You” selama satu jam yang direka khas untuk jelajah ini.

Jelajah ini akan menyaksikan pelakon asal seperti Altimet yang memegang watak sebagai Sarjan Ahmad, Brian Chan sebagai Tauke Chow Kwok Keong, Luqman Hafidz (Ahmad Ali), Lim Jian Wen (Ong Tiam Chai), Iedil Putra (Rahman Ramli), Tony Eusoff (Coach Harry) dan Nabila Huda dalam beberapa peranan untuk pementasan kali ini.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang www.olabolamusical.com atau di laman Facebook dan akaun Instagram Enfini, @enfinitymy. – WILAYAHLU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas