Berita

Tasha Shilla hamil lima bulan

|TASHA dan Atiq bersyukur sering dikelilingi insan yang sentiasa mendoakan
- Diterbit 25 Disember 2020 3:54 AM MYT

BERITA gembira buat peminat apabila Tasha Shilla mengumumkan dirinya kini hamil lima bulan.

Menerusi instagramnya, Tasha dan suaminya Atiq bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kebahagiaannya.

TASHA dan Atiq bersyukur sering dikelilingi insan yang sentiasa mendoakan

“Assalamualaikum dan salam Sejahtera, kepada semua rakan-rakan, sahabat, dan keluarga tercinta.

“Syukur Alhamdulillah Tasha dan Atiq ingin membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang kini berusia lima bulan.

“Saya memohon anda semua doakan yang baik-baik supaya bayi di dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang baik, dan selamat hingga ke hari kelahiran dan hari-hari selanjutnya Insya Allah.

“Jujurnya, saya teramat gembira apabila orang sekeliling dan rakan taulan mendoakan kebahagiaan & kesejahteraan saya sekeluarga.

“Di kesempatan ini Tasha ingin ucapkan semoga kalian dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan,” ujarnya.

Tasha Shilla dan Muhammad Atiq Idris bernikah pada 28 Februari 2020 lalu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas