Taman Botani Putrajaya ‘Mother of All Gardens’
TAMAN Botani tersenarai di antara 40 taman yang indah.

Taman Botani Putrajaya ‘Mother of All Gardens’

EKOPELANCONGAN. Dengan jolokan ‘Mother of All Gardens’, Taman Botani Putrajaya di Presint 1 adalah salah satu dari 12 destinasi Taman-Taman Awam yang mempesona di pusat pentadbiran Putrajaya.

Reka bentuk landskap taman seluas 230 ekar ini mempunyai 13 buah taman tema yang mempamerkan lebih daripada 750 spesies tumbuhan dari benua yang berbeza di dunia. Ia berfungsi sebagai kawasan perlindungan dan pusat pembelajaran serta kajian bagi khazanah negara Malaysia.

Taman Botani juga tersenarai di antara 40 taman yang indah dan mempesonakan di Asia oleh Buku Paradise Found: Journeys Through Noble Gardens of Asia.

Selain itu, ia telah dinobatkan sebagai Taman Paling Menakjubkan di Asia oleh Yayasan Chelsea Diraja, London di Pameran Bunga Perdana Premier Dunia Chelsea pada 2008. – WILAYAHKU

Sumber: Facebook Perbadanan Putrajaya (PPj).

Share This