Lensa

Tahun naga lambang kebahagiaan

- Diterbit 19 Februari 2024 3:26 PM MYT

TAHUN Baru Cina disambut dengan meriah penuh istiadat dan tradisi oleh masyarakat Tiong Hua selama 15 hari. Ia melambangkan permulaan tahun baru mengikut kalendar lunar.

Dalam masa yang sama, pada awal tahun baru juga terdapat Festival Musim Bunga di China di mana festival ini merupakan perayaan yang terpenting dalam kehidupan kaum ini. Pelbagai pesta perayaan diadakan bagi meraikannya.

Di Malaysia memandangkan kaum Cina merupakan populasi kedua terbesar di negara ini. Tahun Baru Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun bersempena zodiak Cina (berdasarkan haiwan). Tahun ini giliran tahun naga yang menjadi lambang kekuatan dan karisma.

Tidak ketinggalan menyaksikan kemeriahan Sambutan Tahun Baru Cina, Lensa Wilayahku sempat merakamkan suasana di Guan Di Temple Chinatown, Petaling Street dan Thean Hou Temple baru-baru ini. – WILAYAHKU

Foto oleh: SHUAIB AYOB/WILAYAHKU









Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas