Lensa

2 juta penganut hindu banjiri Batu Caves

- Diterbit 3 Februari 2024 9:55 AM MYT

SETIAP kali tibanya perayaan Thaipusam, penganut Hindu dari dalam dan luar negara akan berjalan kaki menuju ke Kuil Sri Subramaniyar Swami di Batu Caves. Lokasi ini cukup terkenal dan menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia.

Sambutan Thaipusam yang disambut baru-baru ini menyaksikan 2 juta orang membanjiri kuil tersebut. Lensa Wilayahku berkesempatan merakam momen unik disebalik sambutan yang diraikan pada bulan ‘Thai’ iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Tamil ini. – WILAYAHKU

Oleh SHUAIB AYOB

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas