Lensa

Deruan adrenalin papan selaju

- Diterbit 26 Februari 2024 3:15 PM MYT

AKTIVITI sukan ekstrem papan selaju sememangnya menjadi pilihan anak muda sejak dari dahulu lagi malah ia memiliki reputasi yang cukup hebat sehingga dipertandingkan dalam temasya Olimpik 2020 di Jepun.

Seiring masa berlalu biarpun anak muda kini gemar menghabiskan masa dengan permainan dalam talian namun aktiviti papan selaju tetap mempunyai peminat tersendiri.

Bagi penggemar aktiviti lasak, Bazly Muhammad Najib, 39, sukan papan selaju dan dirinya umpama irama dan lagu yang tidk dapat dipisahkan. Ia mampu membina keyakinan dalam diri sekali gus ia merupakan salah satu aspek penting dalam melakukan sesuatu gerakan ataupun trick.

“Sukan ini banyak membantu saya untuk lebih yakin dalam kehidupan kerana untuk mempelajari sesebuah gerakan baharu memang saya akan kerap terjatuh. Sama seperti kehidupan kita yang mempunyai jatuh dan bangun tetapi apabila saya bangkit kembali dan mahir, saya akan terus yakin untuk mencuba gerakan lain,” katanya.

Dia yang mengabdikan diri selama 15 tahun dalam aktiviti ini cukup dikenali dalam kalangan peminat papan selaju. Dek kerana rasa cinta yang mendalam dalam sukan ini, Bazly bercita-cita untuk melihat anaknya mengharumkan nama Malaysia di temasya Olimpik suatu hari nanti. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas