Biz

Mini Ekspo Ramadan Raya bukti peniaga online ejazmine bukan scammer

Datuk Seri Mohd Rizal Mohd Yusof.|PENGARAH Eksekutif eJazmine
- Diterbit 22 April 2022 3:48 PM MYT

EJAZMINE.COM, platform pasaran dalam talian tempatan dan antarabangsa mengajak orang ramai membeli-belah menjelang hari raya Aidilfitri di Mini Ekspo Ramadan Raya eJamine 2022 bertempat di Kompleks Metro Point di Kajang, Selangor bermula 21 hingga 24 April ini.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Seri Mohd Rizal Mohd Yusof berkata, mini ekspo yang diadakan buat julung kali ini agak istimewa kerana kumpulan seramai 20 usahawan tersebut mewakili daripada 1,000 peniaga dalam talian eJazmine (EJ) yang sehingga kini menawarkan sebanyak 15,000 produk.

“Kami bawakan 20 orang yang terdiri dalam kalangan usahawan busana wanita, barangan elektrik, telekung, tawaran belajar di kolej dan pelbagai lagi barangan keperluan perayaan dan harian bagi membuktikan peniaga di dalam pusat membeli belah dalam talian eJazmine wujud dan bukan scammer.

“Sejak eJazmine beroperasi dua tahun lalu, jika ada yang masih bertanya apakah pusat membeli-belah dalam talian ini telus dan benar-benar wujud, datanglah berjumpa kami di sini.

“ Inilah antara tujuan mini ekspo diadakan untuk mendedahkan kepada masyarakat, perniagaan yang ditawarkan wujud, ada produk yang diniagakan dan usahawan yang terlibat boleh ditemui secara bersemuka di sini.

“Jika pelanggan berpuas hati selepas ekpo tamat, mereka boleh terus berurus niaga di eJazmine. Kami mensasarkan jualan sehingga RM70,000 memandangkan ini minggu terakhir membeli-belah hari raya sebelum ramai yang balik kampung pada minggu hadapan,” ujarnya.

PENGARAH Eksekutif eJazmine, Datuk Seri Mohd Rizal Mohd Yusof.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan perasmian Mini Ekspo Ramadan Raya eJamine 2022 yang diadakan selama empat hari yang turut di hadiri oleh wakil Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), wakil Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), wakil Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Putrajaya, wakil bank Alliance Islamic Bank dan SME Bank serta wakil perkhidmatan kurier.

Mohd Rizal menambah, selepas Kajang sebagai lokasi pertama mini ekspo, road tour diteruskan ke 13 buah negeri.

“Kami beropeasi di Cheras, Kuala Lumpur dan akan menjelajah ke seluruh negara memperkenalkan produk yang terjual di eJazmine secara manual.

“Pada awal bulan ini sebuah pejabat di Kota Kinabalu, Sabah telah dibuka manakala sebuah gudang penyimpanan produk juga akan dibuka di Lawas, Sarawak untuk memenuhi permintara pelanggan dari Sabah, Sarawak dan Berunei,” ujarnya.

PENGARAH Eksekutif eJazmine, Datuk Seri Mohd Rizal Mohd Yusof (tengah) ketika menyampaikan ucapan, Pengurus Kanan & Penasihat (digital solutions) MDEC, Carol Fung (kiri) dan Pengarah Pembangunan Perniagaan eJazmine, Renutaasan Rajan (kanan) di majlis Pelancaran Mini Eskpo Ramadan Raya eJazmine 2022 di Kompleks Metro Point, Kajang semalam.

Sehubungan dengan iitu beliau mempelawa usahawan yang mempunyai produk mendaftar secara percuma di eJazmine dan berpotensi untuk pasaran ke beberapa buah negara luar.

“Kami baharu melancarkan Brunei Sale yang menjadi negara ke lima sebagai rakan strategik selain Indonesia yang mempunyai 400 usahawan, Filipina sebanyak 100, Turki 80, Bangladesh 50 dan selebihnya adalah usahawan produk keluaran tempatan.

“Selain itu usahawan berpeluang menyertai road tour, mereka juga didedahkan dengan latihan meningkatkan jualan yang diatur oleh pihak eJazmine serta peluang memperolehi bantuan geran dan pinjaman daripada beberapa agensi kerajaan terlibat.

“Misalnya seramai 20 usahawan yang mengikuti mini ekspo kali ini adalah kumpulan pertama terpilih menjalani sesi temubual kelayakan dengan pihak MDEC dan MATRADE untuk menerima geran sebanyak RM5,000 hingga RM25,000,” katanya.

Tambahnya, selain eJazmine Mart, turut ditawarkan EJ Premier, EJ Lifestyle, EJ Halal, EJ Computer & Mobile, EJ Sports, EJ Groceries, EJ Home & Living, EJ Services, EJ Education, EJ Properties, EJ Wellness, EJ Machineries dan EJ Kid & Toys, EJ Food dan EJ Argo. Kepada usahawan yang berminat, lawati laman web di www.eJazmine.com. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas