Berita

Kabinet akan bincang cadangan tambah peratusan caruman KWSP

KUALA LUMPUR, 4 JANUARI 2021 - Sebahagian orang awam yang hadir ke Ibu Pejabat Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) untuk berurusan mengenai keputusan i-Sinar dan membuat i-Akaun ketika tinjauan di Ibu Pejabat KWSP, Jalan Raja Laut di sini hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID / PIX SAHAJA
- Diterbit 1 Mei 2023 5:51 AM MYT

JEMAAH Menteri akan membincangkan cadangan mengenai tambahan peratusan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang disumbangkan majikan kepada 20 peratus berbanding 13 peratus waktu ini.

Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau mengesahkan bahawa cadangan itu pernah dikemukakan, namun, ia belum dirujuk kepada Jemaah Menteri.

“Cadangan itu ada dibawa (dikemukakan), tapi belum dirujuk kepada Jemaah Menteri lagi.

“Ia akan dibincangkan. Ini (cadangan) keputusan dasar, jadi, ia akan memberi kesan kepada kerajaan dan majikan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan Amanat Hari Pekerja 2023 sempena sambutan Hari Pekerja 2023 di Putrajaya pada Isnin. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas