Berita

Setiap individu yang disabit hukuman berhak memohon pengampunan – Anwar

- Diterbit 1 Mei 2023 5:45 AM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, setiap individu yang disabitkan hukuman berhak memohon pengampunan dan permohonan itu perlu dibuat kepada Lembaga Pengampunan.

Jelasnya, setiap orang yang dijatuhkan hukuman mempunyai hak untuk mengemukakan permohonan dan ia akan diteliti selayaknya tanpa memihak atau prejudis.

“Malah setiap permohonan itu disemak berlandaskan asas selayaknya tanpa prejudis,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Sambutan Hari Pekerja 2023 di di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Isnin.

Beliau berkata demikian selepas diminta menyatakan pendiriannya sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berhubung isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas