Berita

IDEA Award 2023 iktiraf usahawan Muslim unggul berkaliber

- Diterbit 25 Oktober 2023 11:33 AM MYT

DEWAN Perniagaan Muslim Insiders dengan bangganya bakal menganjurkan penganugerahan berprestij ‘Islamic Distinguished Entrepreneur’ (IDEA Award 2023)  pada 3 November depan di Hotel St Regis Kuala Lumpur.

IDEA Award 2023 adalah bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada usahawan Muslim yang telah mencapai tahap keunggulan luar biasa dalam pelbagai sektor ekonomi.

Tidak ketinggalan juga meraikan pemilik perniagaan bukan Islam yang mengamalkan ciri-ciri ‘Muslim-friendly businesses’.

Acara yang bakal menjadi sorotan tahunan ini akan dihadiri dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan 1, Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai tetamu kehormat serta barisan pemimpin konglomerat yang turut sama meraikan para usahawan Muslim terbilang.

TUN Seri Setia Dr Hj Mohd Ali Rustam (Gabenor Melaka) bersama YBrs.Profesor Adjung Hj Adam Richman (Presiden) Muslim Insiders Chamber Of Commerce pada sidang media Majlis Anugerah World Muslimpreneur sekitar Januari lalu.

Anugerah berprestij ini turut akan memberikan peluang kepada usahawan terbaik untuk menerima pengiktirafan yang mereka layak, dan pada masa yang sama, memperkukuhkan komuniti perniagaan Malaysia Madani.

Waqaf An-Nur, selaku peneraju institusi wakaf korporat yang bertindak sebagai pemangkin pembangunan industri kewangan sosial Islam turut sama bersinergi sebagai penerima wakaf manfaat dalam majlis penganugerahan berprestij ini.

Presiden Muslim Insiders, Profesor (Adj) Haji Adam Richman  berkata anugerah ini cukup unik.

“Ini kerana  ia tidak hanya mengiktiraf pencapaian dalam bidang perniagaan yang meliputi inovasi, kelestarian perniagaan, impak sosial, dan kepelbagaian, tetapi juga menilai kesediaan usahawan terbilang untuk mengabdikan dirinya kepada Allah SWT melalui perniagaan.

“Sekali gus dalam usaha memenuhi tuntutan fardhu kifayah dengan menyediakan perkhidmatan serta manfaat kepada seluruh masyarakat,” katanya.

Tambahnya lagi, panel juri terdiri daripada dua insan berkaliber.

“Mereka ialah Prof. Madya Datuk Dr Izhar Ariff Mohd Kashim selaku panel syariah dan Datuk Wan Azmir Wan Majid ( panel perundangan).

“Kedua mereka  menilai pencalonan dengan teliti. Tak ketinggalan malam kemuncak itu nanti bakal diserikan Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah dan kumpulan nasyid otai, Hijjaz,” katanya.

Untuk rekod, penerima anugerah akan menerima trofi dengan ukiran khat ‘Mari Menuju Kejayaan’ pada puncak trofinya sebagai simbolik pencapaian cemerlang mereka dalam jatuh bangun perniagaan.

Katanya lagi, anugerah ini menjadi platform yang luar biasa untuk mengiktiraf usaha cemerlang  usahawan Muslim di Malaysia.

“Kami percaya bahawa usaha ini tidak hanya memberi manfaat kepada perniagaan mereka, tetapi juga masyarakat dan ekonomi Malaysia Madani.

“Anugerah ini adalah satu langkah penting untuk menyokong pertumbuhan perniagaan komuniti Muslim yang cemerlang dan berdaya saing,” katanya.

Pencalonan untuk anugerqh ini masih dibuka dan calon yang layak dijemput untuk menghantar pencalonan mereka melalui pautan link  https://ideaaward.com.my/form/

Anugerah ini dijangka akan menjadi sebuah acara berprestij yang akan dihadiri oleh tokoh penting dalam dunia perniagaan dan politik, serta membuka peluang kepada usahawan untuk berkongsi pengalaman dan wawasan mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai IDEA Award 2023, sila layari laman web rasmi http://www.musliminsiders.com

Anugerah ini turut dikoordinasikan oleh Eventopedia dan KNKV Group sebagai rakan strategik.

https://www.facebook.com/musliminsiders?mibextid=LQQJ4d

 

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas