Biz

Syarikat Bumiputera Dermalene Skin Centre buka 50 cawangan menjelang tahun 2030

Dr. Alina Hasni (tengah) dan rakan-rakan rapat di di Sunway Giza
- Diterbit 14 Disember 2022 8:26 AM MYT

SPA rawatan kulit, Dermalene Skin Centre bercadang menambah 43 lagi cawangan di seluruh negara dan menjadikan jumlahnya kepada 50 buah menjelang tahun 2030.

Daripada jumlah tersebut termasuk 15 klinik kulit untuk merawat ekzema, alahan teruk dan penyakit kulit lain yang akan ditangani oleh doktor dan pakar dermatologi dibawah satu bumbung.

PENGASAS Dermalene Skin Centre, Dr. Alina Hasni (tengah) dan rakan-rakan rapat di di Sunway Giza, Mall, Kota Damansara.

Pengasasnya, Dr. Alina Hasni berkata, hasrat tersebut akan dilaksanakan di lokasi yang mempunyai kepadatan penduduk supaya lebih ramai pesakit berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan dan rawatan.

“Dermalene akan menjadi hub penyelesaian bukan sahaja memberi fokus mendapatkan kulit sihat dan cantik tetapi juga merawat masalah dan penyakit kulit yang menyebabkan penghidapnya tertekan dan kualiti hidup juga terjejas.

“Untuk merawat masalah kulit, ia perlukan jangka masa yang panjang dan berterusan dan sebagai Life Skin Partner, kami mahu setiap orang berpeluang mendapatkan rawatan sejak bayi hingga dewasa,” ujarnya.

DR. Alina Hasni

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pembukaan cawangan Dermalene yang ke-7 di Sunway Giza, Mall, Kota Damansara baru-baru ini.

Sempena majlis pelancarannya yang berlangsung baru-baru ini sehingga 31 Disember, cawangan baharunya mengadakan promosi menarik sepanjang bulan dengan tawaran diskaun bermula 15 peratus sehingga 50 peratus bagi setiap rawatan.

Pada majlis sama beliau mengumumkan bekerjasama dengan syarikat kulit antarabangsa yang terkenal dengan rawatan hydrafacial dan Deramlene adalah pembekal terbesar di negara ini yang mempunyai kualiti rawatan yang tinggi dan diyakini.

“Pada asasnya apa yang kami lakukan adalah untuk membangunkan kesedaran di kalangan orang ramai mendapatkan kulit yang sihat . Apabila berpeluang berkolaborasi dengan Hydrafacial, teknologi rawatan kulit yang terkenal di peringkat dunia, ia penanda aras kepada kualiti rawatan dan solusi kepada Dermalene,” ujarnya.

PEMPENGARUH Dr. Say Shazril (paling Kanan) turut hadir memberikan sokongan.

Dr. Alina yang berkelulusan dermatologi memperkenalkan Dermalene pada tahun 2016 juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Dermalene Sdn Bhd yang memiliki rangkaian spa kulit dan klinik rawatan kulit telah beroperasi di enam lokasi tumpuan. Antaranya di Shah Alam, Bandar Baru Bangi, Kuala Lumpur, Ampang, Kota Bharu dan Johor Bharu.

Memiliki ijazah perubatan dari Universiti Perubatan Moscow, Rusia pernah bertugas di Hospital Serdang sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang Klinikal Sains Dermatologi di Universiti Cardiff. Pada masa yang sama beliau meneruskan latihan dalam kampus di Universiti Hospital of Wales, United Kingdom (UK).

“Semasa di UK pada tahun 2015, saya buka halaman Facebook atas nama Dermalene untuk perkongsian maklumat berkaitan kulit termasuk proses terhasilnya jerawat dan cara mengawalnya. Apabila memulakan perniagaan nama tersebut saya kekalkan,” ujarnya.

“Sejak beroperasi enam tahun lalu, kami berjaya merawat lebih 20,000 pengunjung yang mempunyai pelbagai masalah kulit . Sasaran kami merawat sejuta wajah menjelang 10 tahun lagi dan untuk mencapainya kami akan bersama-sama dengan Institut Kulit Negara.

“Melengkapkan rawatan dan perniagaan, Dermalene juga memperkenalkan produk penjagaan wajah dikenali sebagai Dermalene Clinical Skincare untuk membantu merawat masalah berkaitan kulit.

“Saya terpanggil untuk turut menawarkan produk Dermalene kerana memiliki formula kandungan berstatus evidence based yang terbukti berkesan berdasarkan daripada jurnal-jurnal perubatan,” ujarnya.

Untuk mendapatkan informasi lanjut, hubungi talian 03 50370384 atau lawatan laman sesawang www.Dermalene.com, Instagram: @Dermalenegroup. Facebook: Dermalene Group. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas