Selebriti

Populariti, murah rezeki… Iman Troye dilantik sebagai duta Nims

||||
- Diterbit 12 Disember 2022 5:35 AM MYT

PENYANYI muda, Iman Troye terus Dafi membuktikan beliau masih menjadi pilihan syarikat tertentu melantiknya sebagai duta produk, meskipun bersaing dengan ramai artis atau pempengaruh lain.

Baru-baru ini, Iman Troye, 19, dilantik sebagai duta produk makanan berasaskan coklat dan bijirin jenama Nims selama setahun dalam usaha memperkenalkannya di pasaran Malaysia dan juga luar negara.

Pengasas Nims, Tengku Norhanim Tengku Othman, pemilihan Iman Troye itu mampu melonjakkan lagi jualan syarikat sebanyak 30 peratus pada tahun depan.

MERIAH… Majlis pelancaran produk baharu Nims iaitu Nims Crispy Choco Tub Starberry baru-baru ini.

Menurutnya, penyanyi yang popular dengan lagu Harum Sundal Malam itu dipilih kerana memiliki perwatakan ceria yang menggambarkan kebahagiaan apabila menikmati produk tersebut.

“Karektor itu dimiliki Iman Troye yang merupakan seorang individu yang sentiasa ceria dan periang.

“Bagi Nims, untuk kekal menjadi peneraju utama dalam pasaran, selain perlu muncul dengan kelainan variasi, duta juga memainkan peranan penting untuk memperkenalkan jenama kepada orang ramai,” katanya pada majlis pelancaran produk baharu Nims iaitu Nims Crispy Choco Tub Starberry baru-baru ini.

SELAIN populariti dalam usia muda, Iman Troye juga dipilih sebagai duta kerana perwatakannya yang ceria dan positif.

Nims yang kini memiliki rangkaian produk sebanyak tujuh perisa dihasilkan oleh Nims Adeliciousz Sdn. Bhd.

Sementara itu, Tengku Norhanim menambah, Nims kini sudah mula menebusi pasaran Indonesia, Brunei dan juga Singapura.

Beliau berkata, pihaknya juga membuka satu lagi cawangan kilang di Indonesia menjelang tahun 2023 susulan kejayaan kilang Nim’s yang telah diberi pengiktirafan GMP pada November 2022.

Kata beliau, sehingga kini, jenama Nim’s sendiri sudah mempunyai tiga kilang di Meru, Klang sejak berada di pasaran bermula 2014.

“Untuk mengeluarkan produk terbaharu, bukan perkara yang mudah dan perlu mengambil masa berbulan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan.

“Namun saya bersyukur rangkai produk Nims kekal terjual sehingga 350,000 balang sebulan sehingga hari ini dan pernah mencatat jualan tertinggi sehingga 500,000 balang sebulan ketika tempoh pelaksanaan Perintah Pergerakan Kawalan (PKP),” katanya. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas