Berita

Sumbangan topeng muka diberi kepada ketua isi rumah

FARY mendengar taklimat daripada Pengarah Bomba dan Penyelamat Labuan, Ismaidi Ismail yang juga Timbalan Komander Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).
- Diterbit 21 April 2020 10:42 AM MYT

LABUAN – Setiap isi rumah di pulau ini dibekalkan lima helai topeng muka yang bakal diagihkan secara berperingkat yang diselaraskan Jawatankuasa Pusat Bencana Wilayah Persekutuan ( WP ) Labuan.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana (WP) Labuan, Dr Fary Akmal Osman berkata, bekalan topeng muka hanya diagihkan kepada ketua isi rumah dan bukannya setiap individu.

“Kita agihkan topeng muka ini kepada ketua isi rumah bagi kegunaannya memandangkan hanya ketua keluarga yang dibenarkan keluar ke pasar raya dan pasar untuk membeli keperluan makanan.

“Kerja-kerja pengagihan bekalan topeng muka masih dilakukan oleh petugas- petugas Perbadanan Labuan (PL),” katanya

Fary berkata, sehingga kini sebanyak 93,175 daripada 104,000 keping topeng muka telah disalurkan dan dihantar terus oleh petugas PL untuk diberikan kepada warga Labuan.

Baki 10,825 keping topeng muka akan diagihkan secara berperingkat dan mengikut kawasan. – WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas