Berita

Covid-19: Pesakit pulih cecah 61.1 peratus

DR. NOOR HISHAM
- Diterbit 21 April 2020 10:53 AM MYT

PUTRAJAYA – Pesakit pulih Covid-19 di negara ini mencecah 61.1 peratus, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, seramai 54 pesakit dibenarkan keluar hospital hari ini menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih sebanyak 3,349.

Setakat pukul 12 tengah hari ini, 5,482 kes positif Covid-19 dilaporkan selepas terdapat pertambahan 57 kes baharu dikenal pasti.

“2,041 kes berkebolehan berjangkit tetapi mereka diasingkan serta diberi rawatan di hospital.

“Dari 57 kes baharu ini, 18 adalah kes import iaitu dikesan dari individu yang baharu pulang dari luar negara manakala 39 dikesan dalam penularan tempatan,” katanya pada siding akhbar harian hari ini.

Dr Noor Hishan berkata, 43 pesakit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 27 darinya memerlukan bantuan pernafasan.

Tambah Dr Noor Hisham, terdapat tiga pertambahan kematian menjadikan jumlh keseluruhan 92 kes.

Kesemua mangsa adalah warga emas dan mempunyai sejarah sakit kronik seperti kencing manis.

“Kematian ke-90 adalah perempuan berusia 72 tahun dan disahkan meninngal semalam. Dia mempunyai kaitan dengan kes ke 2,053.

“Kematian seterusnya membabitkan lelaki masing-masing berusia 69 dan 92 tahun. Kedua-duanya disahkan meninggal dunia awal pagi tadi,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas