Selebriti

“Siapa yang lamar? Jangan buat kerja gila ya” – DS Vida

||
- Diterbit 3 Mac 2023 11:56 AM MYT

USAHAWAN terkenal Datuk Seri Vida pernah mengaku hidup sunyi tanpa cinta lelaki.

Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Pengalaman percintaan tidak kesampaian sebelum ini membuatkan dirinya cukup sensitif dengan hal-hal berkaitan hati dan perasaan.

Hari ini, Vida atau DSV yang sudah enam tahun bergelar ibu tunggal mendakwa dirinya telah dilamar oleh individu yang enggan mendedahkan identitinya.

Namun penyanyi lagu Ku Ikhlaskan ini akui terkejut selepas menerima sebuah bungkusan hadiah sebagai tanda dilamar.

“Saya dilamar? Siapa yang lamar? Jangan buat kerja gila ya. Perkara ini bukan main-main. Terkejut saya. Bab lamaran ini sensitif. Takut saya,” katanya.

Vida atau Hasmiza Othman,51, berkongsi perkara berkenaan menerusi hantaran di Instagram miliknya, hari ini.

VIDA akui terkejut dengan bungkusan hadiah tanda melamarnya.

Ruangan komen di hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi apabila peminat teruja untuk mengetahui siapa individu yang melamarnya.

“Untung jadi DSV. Ada sahaja orang melamar dan cuba mendekati. Saya ini tiada orang pun lamar.

“Beruntungnya orang itu memiliki DSV. Tolong terima dengan hati terbuka, jangan kecilkan hati insan tersebut.

“Beruntungnya orang itu memiliki Datuk. Datuk, tolong terima dengan hati terbuka. Jangan kecilkan hati insan yang melamar Datuk ya.

“Suspen jer. Siapa tu Datuk?,” komen beberapa pengikut di ruangan komen.

Sekadar info, Vida sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Amin Yasin pada 2000 sebelum bercerai lapan tahun kemudian.

Menerusi perkahwinan itu, Vida dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Nur Edlynn Zamileen dan Muhammad Eric Zecquan.

Walau bagaimanapun, Eddie dan Edrie meninggal dunia dalam insiden kebarkan dalam sebuah rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru, Perak pada 2013.

Pada 2014, Vida berkahwin dengan Tuan Azid Hamzah namun hanya sempat melayari bahagia selama dua bulan sebelum sah bercerai.

Menerusi pernikahan ketiga, pada 2014, Vida bertemu jodoh dengan Fairuz Ahmad Zainuddin. Hubungan tersebut turut mengalami nasib sama apabila mereka memilih untuk berpisah pada 2017.

DSV sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Ahmah Iqbal Zulkefli tidak dapat diteruskan selepas mereka dilaporkan berpisah. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas