Biz

Pesara TUDM kini pengusaha tudung sekolah ‘awning on point’

||
- Diterbit 3 Mac 2023 11:40 PM MYT

RAMAI dalam kalangan ibu bapa memilih untuk membuat persiapan awal membeli kelengkapan pakaian kembali ke sekolah walaupun cuti penggal terakhir persekolahan baharu bermula.

Untuk itu, syarikat pengeluar tudung sekolah SBZ Prima Sdn. Bhd., kini muncul dengan jenama TudungSiComel yang amat sesuai dengan pelajar sekolah.

Pengarah syarikat ini yang juga pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten Syahruddin Zainul akui agak cerewet dalam memberikan yang terbaik demi keselesaan anak-anak.

“Tarikh buka sekolah bagi sesi tahun 2023 hanya berselang beberapa hari sebelum bulan puasa dan kemudian disusuli dengan sambutan hari raya Aidil Fitri pula.

“Jadi ramai ibu bapa bersedia awal supaya lebih bijak merancang kewangan dan mendahulukan kepentingan.

“Paling utama, kita pastinya mahukan anak-anak selesa dan ceria memulakan sesi awal persekolahan di samping dapat merasa juga baju baharu di pagi raya.

“Saya yakin, tudung sekolah yang kemas dan selesa akan membantu anak-anak lebih fokus di dalam aktiviti pembelajaran di sekolah.

“Persiapan awal juga dapat memberi ruang untuk kita memilih uniform sekolah yang memenuhi cita rasa anak-anak agar sesuai dengan saiz, material berkualiti dan pastinya mampu milik.

“Sempena sesi persekolahan akan datang, jenama TudungSiComel juga melancarkan rekaan tudung terbaharu khas untuk murid pra-sekolah. Tudungnya kami jahit lebih singkat supaya selesa apabila dimasukkan ke dalam baju,” ujarnya.

Syahruddin menambah, tudung untuk murid dan pelajar lain juga diberikan rekaan terbaharu yang mana ‘awning tudungnya lebih on point’ supaya anak-anak kelihatan lebih kemas apabila memakainya.

Pihaknya menawarkan tudung kepada murid seawal pra-sekolah, sekolah rendah dan juga untuk pelajar sekolah menengah.

“Kita sedia maklum murid sekolah akan memakai tudung dalam tempoh yang lama, dari pagi hinggalah ke sesi petang. Seharian di sekolah pastinya tudung yang selesa sangat penting.

“Justeru itu kita memilih untuk lebih fokus dalam penghasilan tudung sekolah yang selesa dipakai.

“Saya memulakan perniagaan tudung kanak-kanak menerusi TudungSiComel seawal tahun 2013 yang mana ketika itu budaya bertudung seawal usia masih belum diterima secara meluas.

“Alasan itu juga yang mendorong minat saya untuk memulakan perniagaan dengan hasrat untuk membudayakan budaya bertudung seawal usia.

“Selepas lima tahun, saya mengambil keputusan untuk lebih fokus kepada penghasilan tudung sekolah yang selesa dipakai dan syarikat telah berjaya membekalkan hampir semua jenis dan warna tudung sekolah di Malaysia di bawah satu bumbung,” jelasnya.

Syahruddin berasal dari Kedah dan mendapat pendidikan menengah di Maktab Tentera Diraja (MTD) Kem Sungai Besi pada tahun 1995 hingga 1998 .

Beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan kemudiannya ditawarkan untuk menyambung pelajaran di Kolej Tentera Udara (KTU) Alor Setar.

SYAHRUDDIN Zainul pemilik TudungSiComel (kanan) bersama kakitangan syarikat.

Pada tahun 2003 beliau telah ditauliahkan sebagai Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia, namun 10 tahun selepas itu beliau mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan lebih awal kerana ingin menyambung minat dalam bidang perniagaan.

“Selepas 10 tahun dalam bidang ini saya bersyukur kerana strategi ‘slow and steady’ iaitu mengukuhkan akar terlebih dahulu dalam perniagaan membuahkan hasil kerana sambutan meningkat saban tahun dan kini sudah memasuki fasa ‘growth’.

“Saya menggunakan pendekatan sentiasa mengemas kini setiap rekaan, mendengar aduan ibu bapa dan yang paling utama adalah maklum balas daripada si pemakai itu sendiri

“Kini terdapat tujuh jenis tudung sekolah yang dihasilkan antaranya tudung sekolah awning scuba (awning on-point), tudung sekolah awning lembut, tudung sekolah berdagu getah, tudung pra-sekolah, tudung sekolah berdagu, tudung sekolah berdagu labuh dan tudung sekolah dua lapis.

“Kesemua tudung ini dipasarkan ke seluruh negara secara dalam talian dan melalui agen-agen dropship yang dilantik serta menggunakan website e-Commerce untuk memudahkan pelanggan dan agen dropship membuat tempahan,” katanya.

Apa yang menarik, pihaknya juga menjahit anak tudung (inner rainbow) seragam untuk dipakai dengan tudung sekolah.

“Keistimewaan anak tudung yang dijahit menggunakan material dan warna yang sama dengan tudung, jadi ianya sesuai untuk dipakai ke sekolah.

“Sesetengah sekolah tidak membenarkan pemakaian anak tudung yang bewarna-warni jadi kami mengambil inisiatif menjahit anak tudung yang sesuai dan seragam dengan tudung sekolah,” ujarnya.

Pastikan hasil berkualiti

Tidak mahu lepas tangan, Syahruddin sendiri turun padang untuk memilih material dan mengupah tukang jahit bagi memastikan kualiti tudung yang terhasil mengikut piawaian seperti yang diinginkan.

“Saya fokus untuk melatih lebih ramai golongan wanita terutama suri rumah untuk sama-sama menjana pendapatan sambil melihat anak-anak membesar di hadapan mata.

“Itu juga alasan yang sama kenapa saya menamatkan perhidmatan lebih awal iaitu ingin bekerja secara dalam talian dan melihat anak-anak membesar di hadapan mata,” tambahnya yang bersyukur dikurniakan isteri Norfaizah Manaf dan anak-anak, Nur Amalia Batrisyia, Nur Qistina Batrisyia, Muhammad Aiman Hakim dan Nur Safiyya Batrisyia yang sentiasa menyokong.

Sudah menjadi adat dalam perniagaan ada jatuh dan bangun malah Syahruddin juga pernah mengalami saat-saat sukar apabila seluruh dunia dilanda wabak COVID-19 yang menyebabkan sekolah di seluruh Negara terpaksa ditutup selama lebih setahun.

“Sekolah-sekolah ditutup ketika itu dan saya pantas mengambil inisiatif menjadikan tudung sekolah sebagai tudung sarung khas untuk dipakai dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR).

“Saya bersyukur apabila strategi itu berhasil. Ramai ibu-ibu membeli untuk kegunaan anak-anak mereka semasa menghadiri kelas secara dalam talian,” katanya

Beliau yang kini sedang merancang dan berharap dalam tempoh lima tahun akan datang syarikat berjaya mewujudkan satu sistem ejen serta modul berkaitan ilmu pemasaran dalam talian yang lengkap agar ejen-ejen yang berdaftar mendapat manfaat daripadanya.

“Antaranya adalah untuk melatih sesiapa sahaja yang menyertai dropship TudungSiComel sejak dari awal pendaftaran sehinggalah berjaya membuat jualan dan menjana pendapatan dengan serius secara dalam talian hanya dari rumah.

“TudungSiComel juga berhasrat untuk menjadi one stop center bagi semua jenis tudung sekolah yang diperlukan di negara ini sekaligus memudahkan ibu-ibu mendapatkan tudung sekolah yang selesa buat anak-anak. Tudung yang dijual adalah dalam lingkungan harga mampu milik dengan anggaran antara RM16.90 hingga RM24.90 sehelai sahaja.

”Kami juga memberikan jaminan istimewa 180 hari kepada semua produk yang dijual dengan harapan semua pelanggan gembira dengan produk yang dibeli” ujarnya

Lebih istimewa pada akhir tahun lalu, TudungSiComel secara rasminya telah disahkan sebagai sebuah syarikat patuh syariah (syariah complience) dengan mematuhi hukum dan prinsip-prinsip syariah daripada sudut pengoperasian serta produk.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan tudung sekolah yang selesa boleh melayari laman web https://tudungsicomel.com atau mendaftar sebagai dropship melalui https://tudungsicomel.com/dropship/daftar – WILAYAHKU

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas