Utama

Pembaharuan Sistem OSC 4.0 lebih holistik

SESI Final Accentance Test (FAT) bersama pihak Agensi Teknikal Dalaman dan Agensi Teknikal Luaran.
- Diterbit 3 Mac 2023 6:00 AM MYT

RATA-RATA Agensi Teknikal Luar yang turut menggunakan Sistem OSC 4.0 berpuas hati terhadap penambahbaikan sistem terbaharu.

Ini kerana konsep 100 peratus dalam talian dan sifar penggunaan kertas amat memudahkan proses pengambilan dan pengumpulan maklumat dan sebagainya.

Bagi Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Putrajaya, Azril Hafiz Ab Rahim, Sistem OSC 4.0 lebih memudahkan serta mempercepatkan urusan pengguna termasuk kakitangan jabatan atau agensi terlibat untuk mengemukakan sebarang permohonan, penjelasan bayaran fi dan semakan
teknikal.

“Jika dahulu, ketika menggunakan Sistem OSC 3.0 pihak kami masih perlu menghantar hard
copy pelan kerana ia tidak mempunyai ciri untuk memuat naik saiz fail yang besar namun
dengan penambahbaikan Sistem OSC 4.0 yang lebih ke arah digital ini segala proses boleh
dilakukan melalui dalam talian sahaja. Pengguna juga boleh muat turun segala data yang diperlukan pada bila-bila masa, rujuk ulasan serta perkembangan terkini permohonan.

“Dengan itu, kita tidak perlu lagi cetak surat-surat ulasan atau permohonan kerana di dalam sistem ini pihak perunding telah pun memberi ulasan kepada setiap permohonan.

“Dalam masa sama, kita juga boleh mengesahkan kehadiran apabila menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa OSC dengan memasukkan data kehadiran ke dalam sistem. Apabila kehadiran telah dimasukkan, pihak perunding akan muat turun dan masukkan ke dalam sistem kertas pengurusan,” katanya kepada Wilayahku.

SALMAH (tiga kiri) bersama tim OSC bergambar di MRT Putrajaya. Sistem OSC 4.0 digunakan untuk memantau proses kelulusan pelan sehingga CCC.

Sementara itu, Jurutera Kanan Tenaga Nasional Berhad, Nur Idayu Jamil berkata penambahbaikan terhadap Sistem OSC 4.0 ini lebih praktikal dan ke arah digitalisasi yang mana secara tidak langsung ia telah mempercepatkan urusan pegawai terlibat untuk menyemak permohonan, memproses dan memantau maklumat yang diterima di dalam portal.

“Saya amat berpuas hati dengan Sistem OSC 4.0 kerana ia memiliki portal yang lebih responsif,
menggunakan sistem tandatangan dan dokumen 100 peratus digital dalam sistem serta lebih produktif berbanding Sistem OSC 3.0.

“Bukan itu sahaja, sistem ini juga memudahkan pengguna untuk mengakses keputusan kelulusan
permohonan, maklumat mesyuarat, dokumen secara dalam talian dan tidak perlu hadir ke pejabat untuk meminta dokumen tersebut. Di situ, ia telah menjimatkan masa terutama dari segi
kebolehcapaian untuk memberi maklum balas permohonan yang terdapat di dalam sistem,” kongsinya.

Dalam pada itu, Pengurus Projek Pembangunan Telekom Malaysia Berhad, Ahmad Lutfi Ibrahim
berkata sistem ini wajar ditambah baik kerana ia dilihat sebagai notifikasi penting kepada umum
untuk mengemukakan permohonan, memperoleh keputusan permohonan dan sebagainya.

“Dengan kaedah yang lebih digital dan sistematik, saya yakin bahawa segala urusan akan
diselenggarakan dengan sempurna kerana perkhidmatannya kini adalah 100 peratus dalam talian dan paperless malah pengguna juga boleh melihat status dan permakluman menerusi
notifikasi e-mel yang didaftarkan,” jelasnya. – WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas