Berita

“Siapa kata saya nak berlakon jadi cantik saja?” – Che Ta tidak kisah jadi ‘buruk’

|CHE Ya tidak kisah jadi 'buruk' dalam drama atau filem|CHE Ta sambut ulang tahun kelahiran ke-48 pada 9 Mac baru-baru ini.
- Diterbit 22 Mac 2021 12:06 AM MYT

PELAKON hebat, Rozita Che Wan mengaku dirinya sudah berlakon pelbagai watak termasuklah jadi ‘buruk’ setelah 15 tahun dalam industri.

Bagaimapun, Rozita yang lebih mesra disapa Che Ta terkilan dengan sikap pengarah yang menggugurkan namanya hanya kerana tidak yakin dia boleh tampak ‘buruk’ sebagai pelakon.

Tidak dinafikan Che Ta sering muncul cantik dalam mana-mana majlis atau media sosial kerana membawa imej produk yang bekerjasama dengannya.
Namun itu tidak bermaksud Che Ta tidak boleh jadi ‘buruk’ dalam drama atau filem.

CHE Ya tidak kisah jadi ‘buruk’ dalam drama atau filem

Sebelum ini Che Ta telah tiga kali berlakon jadi ‘buruk’ misalnya dalam telefilem Dosa Siapa arahan Murali Abdullah yang disiarkan sekitar tahun 2011. Malah menerusi watak Halimah dalam telefilem berkenaan, Che Ta tak kisah tidak bersolek dan menjadi pengemis.

“Watak Halimah itu juga pernah melayakkan saya menjadi calon top 5, Pelakon Drama TV Wanita, Anugerah Skrin suatu ketika dulu. Sebelum itu saya pernah berlakon sebuah telefilem dengan Fauzi Nawawi. Judulnya saya sudah tak ingat. Tapi saya dilacurkan suami dalam telefilem itu dan kemudian menghidap AIDS.

“Terbaru saya disolek buruk dan jadi tua dalam telefilem My Future Husband yang disiarkan baru baru ini di Astro Citra terbitan Zeel Production. Mira Filzah dan Amy Mastura pun turut berlakon.

“Sejak mencari rezeki dalam dunia lakonan ini, saya sentiasa berfikir di luar kotak dan sanggup mencabar diri dengan apa saja watak.

“Siapa kata saya nak berlakon jadi cantik saja? ,” katanya yang tidak bersandarkan rupa cantik sahaja di skrin TV.
Mengenai insiden membabitkan seorang pengarah itu, Che Ta tidak mahu ambil pusing.

CHE Ta sambut ulang tahun kelahiran ke-48 pada 9 Mac baru-baru ini.

“Jujur saya agak terkejut apabila diberitahu seorang pengarah tak mahu saya berlakon di bawah arahannya.

“Mungkin selama ini, dia hanya nampak saya di Instagram barang kali. Tak apalah, saya berserah dalam soal rezeki. Kalau ada… adalah,” kata duta produk Mylea itu.

Tentang lakonan, Che Ta akan menjalani penggambaran sebuah drama bermula akhir bulan ini sehingga Ramadan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas