“Perkahwinan sangat peribadi untuk saya” – Elizabeth Tan sah kahwin ahli perniagaan

“Perkahwinan sangat peribadi untuk saya” – Elizabeth Tan sah kahwin ahli perniagaan

PENYANYI dan pelakon, Elizabeth Tan, 28, akhirnya mengaku dirinya sudah berkahwin dengan ahli perniagaan berbangsa Cina bernama Siew Jim, 30, semalam.

Bagaimapun, menerusi sebuah kenyataan kepada media, Elizabeth yang lebih mesra dipanggil Lizzy memohon maaf kerana berita perkahwinannya tersebar lebih awal.

Terdahulu, video dan gambar perkahwinannya di sebuah gereja di Gombak tersebar dan menjadi perbualan dalam media sosial.

“Saya minta maaf sebab berita pasal ini (kahwin) tular sebelum sempat keluarkan kenyataan sendiri. Saya memang merancang nak umumkan pada semua mengenai hal ini selepas sudah bersedia.

“Saya ambil keputusan untuk tidak menghebohkan isu perkahwinan ini kerana isu kecil sahaja.

“Bagaimanapun ingin saya sahkan memang benar gambar dan video yang telah tersebar. Saya sudah berkahwin,” katanya.

Penyanyi yang mesra disapa Lizzy memaklumkan majlis berlangsung semalam adalah sangat intim dan berskala kecil kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Majlis tersebut hanya dihadiri 10 orang tetamu di kalangan ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja.

“Perkahwinan ini adalah satu perkara yang sangat peribadi untuk saya.
“Pada saya, memilih untuk berkahwin ni tidak mengubah apa apa. Saya masih Lizzy yang sama.

“Dan saya berharap semua dapat menerima dan menghormati keputusan ini,” katanya yang memohon maaf kerana tidak dapat mengundang ahli keluarga lain dan teman media.

Lizzy sebelum ini pernah mendedahkan kisah cinta dengan jejaka Melayu pernah berakhir di tengah jalan. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS