Berita

Dua jet pejuang bertembung di udara

- Diterbit 22 Mac 2021 11:11 AM MYT

DUA jet pejuang bertembung di udara sejurus berlepas dari pangkalan udara di timur Taiwan pada Isnin, lapor Agensi Anadolu, memetik media rasmi Focus Taiwan.

Juruterbang kedua-dua jet terbabit dipercayai melenting keluar dan operasi menyelamat  masih  diteruskan.

Empat jet F-5Es berlepas dari landasan Pangkalan Udara Taitung Timur di daerah Pingtung pada pukul 2.30 petang (0630GMT) untuk misi latihan rutin. Dua daripadanya hilang dari radar dan juruterbangnya melenting keluar dari pesawat, lapor akhbar itu.

Pelanggaran tersebut dilaporkan berlaku 36 minit sejurus berlepas. Pusat Komando Penyelamat Nasional Taiwan telah menghantar kapal pengawal pantai untuk mengesan juruterbang yang hilang. – BERNAMA

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas