Berita

Seorang lelaki selamat, kenderaan musnah sepenuhnya.

- Diterbit 12 Mei 2021 6:51 AM MYT

SEORANG lelaki terselamat apabila kenderaan miliknya  jenis Toyota Vellfire terbakar sepenuhnya di Jalan Dewan, di sini pada pagi Selasa.

Pemilik kenderaan berkenaan kemudian melihat asap keluar daripada bahagian sisi kiri tayar hadapan kenderaan dan terus keluar menyelamatkan diri.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Ahmad Jawila berkata, sebaik sahaja menyedari kejadian itu, pemilik kenderaan itu terus meletakkan kenderaan di sisi jalan dan berjaya keluar daripada kenderaan tersebut sebelum ianya terbakar.

Katanya, kenderaan tersebut telah terbakar sepenuhnya.

” Pihak polis yang dimaklumkan tentang kejadian ini, telah tiba dilokasi kira-kira jam 11.15 pagi dan mendapati pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat  sedang memadamkan kebakaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Ahmad, hasil siasatan mendapati tidak dikesan sebarang  unsur khianat.

” Tiada kecederaan atau pun kemalangan jiwa dilaporkan.

” Kes dirujuk kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan untuk siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca kejadian,” jelasnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas