Berita

Labuan laksana PKPB, SOP diperketatkan

- Diterbit 12 Mei 2021 6:56 AM MYT

WILAYAH Persekutuan Labuan kini melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan prosedur operasi standard (SOP) diperketatkan yang berkuatkuasa pada 12 Mei sehingga 7 Jun

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan , pelaksanaan PKPB itu akan menggunapakai prosedur operasi standard (SOP) PKPB dan sektor sosial dengan beberapa pindaan.

“Ia melibatkan aktiviti ziarah Aidilfitri yang hanya dibenarkan pada 1 Syawal tidak melebihi 20 orang pada satu-satu masa.

“Sementara itu, solat sunat Hari Raya Aidilfitri di masjid dan surau masih dibenarkan dengan penjarakan fizikal 1.5 meter,” jelas kenyataan itu.

Namun, kanak-kanak bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan ke masjid bagi tujuan itu.

Tindakan itu diambil ketika Labuan mencatatkan bilangan kumulatif kes COVID-19 dalam masa 14 hari dengan sejumlah 28 kes, sekali gus meletakkan ia kembali ke zon jingga.

Kenyataan itu turut menegaskan, tindakan kompaun akan dikeluarkan kepada mana-mana individu atau organisasi yang melanggar SOP yang ditetapkan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas