Selebriti

Sempena 25 tahun dalam industri, Rabbani adakan konsert rai peminat

||||
- Diterbit 26 November 2022 12:00 PM MYT

BUKAN mudah untuk mana-mana artis bertahan lama dalam industri, tambahan pula kemunculan bakat-bakat baharu bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Begitulah kumpulan nasyid popular, Rabbani yang telah relevan 25 tahun dalam industri.

Demi menghargai sokongan peminat, kerajaan Negeri Johor menerusi Yayasan Warisan Johor (YWJ) buat julung kalinya berkolaborasi bersama Rabbani Empire Resources dalam penganjuran Konsert 25 Tahun ‘Simponi Kesyukuran Rabbani’.

Program konsert yang pertama kali dilaksanakan oleh YWJ ini akan diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor pada 30 Disember 2022 pada jam 8.30 malam.

YWJ selaku penganjur telah memilih Rabbani atas sebab populariti dan perjuangannya yang masih bertahan dalam industri muzik nasyid selama lebih dua dekad.

SEMPENA kekal bertahan dan relevan selama 25 tahun dalam industri, Rabbani bakal mengadakan konsert pada 30 Disember ini di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor.

Menurutnya, konsert ini dapat membuatkan peminat-peminat Rabbani lebih dekat dan l mengenali kumpulan nasyid itu serta memahami perjalanan susah senang Rabbani untuk kekal bertahan sehingga kini.

“Kita nak masukkan kisah 25 tahun Rabbani, jadi kita nak buat orang lebih dekat dengan Rabbani, tahu cerita Rabbani dan bagaimana kisah mereka dalam insdustri, susah sebenarnya selama 25 tahun itu.

“Untuk itu, kita dah pecahkan ke beberapa segmen, jadi 25 tahun itu sama lah dengan 25 lagu yang akan dinyanyikan pada malam itu.” katanya.

Menyentuh tentang pemilihan artis lain yang bakal ditampilkan pada konsert itu nanti, Ketua Rabbani, Azadan Abdul Aziz memberitahu mereka dipilih kerana terlibat secara langsung dalam rakaman lagu-lagu Rabbani yang terus terkenal sehingga ke hari ini.

“Kenapa kita jemput Hijjaz, Daqmie, Mawi, Dinie Juri dan juga Aeydan kerana dari sudut performance Rabbani dalam industri ini, mereka-mereka terlibat secara langsung dalam rakaman, saya ambil yang top rakaman lah,” katanya.

Konsert yang bakal berlangsung selama dua jam itu turut menampilkan beberapa artis jemputan seperti Mawi, Hijjaz, Daqmie, Dinie Juri dan Aeydan serta penglibatan barisan pemuzik dari Yayasan Warisan Johor.

Persembahan yang bertemakan “Simfoni Kesyukuran Rabbani” juga akan diiringi dengan muzik Okestra dan perkusi, selain itu juga mengandungi, Qasidah, Tarian Sufi Munajat dan juga Sajak Pertarungan berserta Pentomen.

Bersesuaian dengan pengalaman 25 tahun Rabbani, konsert ini akan berlangsung beberapa segmen antaranya, pembukaan dengan kemunculan awal Rabbani dengan konsep Andaslusia, seterusnya Nolstagia nada Murni, Kebangkitan Nasyid, Tribute dan akhir sekali era pandemik dan terkini.

Pasti mengamit kerinduan dan juga semangat untuk semua lapisan masyarakat bersesuaian dengan maksud Rabbani itu sendiri iaitu Yang Arif dan Yang Soleh dengan erti kata lain ingin mengajak diri, keluarga dan masyarakat supaya berilmu dan beramal soleh.

 

Semua peminat dan orang ramai dijemput hadir menyaksikan KONSERT 25 TAHUN RABBANI ini bersama keluarga, sahabat andai, dan semua lapisan masyarakat kerana ini bukan sekadar konsert, tetapi membawa hiburan yang mendidik jiwa. Kita bangkit bersama dari ujian pandemik.

Konsert ini juga mungkin sukar untuk diadakan jika tiada sokongan rakan-rakan strategik.

Antaranya ialah MATHAF Malaysian Thailand Halal Food Festival, Jamil Teluk Belanga, Aman Palestin Johor, Rabbani FC, Munsyid Malaysia dan sebagainya.

Untuk makluman, tiket untuk konsert ini dijual pada harga RM58, RM88, RM128 dan RM188. Dapatkan segera sebelum habis! – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas