Selebriti

Syifa Melvin sah isteri Safawi Rasid

- Diterbit 29 November 2022 12:26 AM MYT

SELEBRITI media sosial, Syifa Melvin, 28, dan pemain bola Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid, 25, kini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan di sebuah hotel di Petaling Jaya, pada jam 8.46 malam tadi.

Pada majlis itu, pasangan terbabit dinikahkan jurunikah, Ustaz Khairil Nizam dan disaksikan bapa pengantin perempuan iaitu Amirol Melvin.

Dalam majlis berkenaan, Safawi atau nama sebenarnya Muhammad Safawi Rasid juga menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin manakala wang hantaran dirahsiakan.

Majlis terbabit dihadiri lebih 300 tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat dan kenalan rapat.

Antara artis yang turut hadir adalah kakak Syifa, Syatilla Melvin, Shaheizy Sam, Uyaina Arshad, Raja Syahiran dan Lia Natalia.

Pasangan ini akan diraikan pada majlis bertandang pada 3 Disember ini di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dungun, Terengganu. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas