Berita

Sekolah, IPD Putrajaya kukuh hubungan

MUHAMMAD HILMI (tengah) bergambar bersama guru-guru Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1) baru-baru ini.
- Diterbit 16 Januari 2020 2:02 PM MYT

KUKUH. Dalam usaha memastikan murid sekolah terhindar daripada melakukan jenayah dan vandalisma, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya mengukuhkan kerjasama menerusi lawatan pegawai perhubungan sekolah.

Lawatan pegawai perhubungan sekolah di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1), Putrajaya diadakan sempena Program Back To School 2 Disember lalu.

Inspektor Muhammad Hilmi Jamaluddin berkata, objektif program itu adalah untuk mengeratkan silaturahim dan kerjasama antara pihak sekolah dan polis selain menunjukkan Omnipresen pihak polis untuk mendekati masyarakat umum khususnya golongan ibu bapa (PIBG) dan murid-murid sekolah.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas